

TANJUNG PIAI: Kenali Warisan Johor yang kian ditelan zaman dengan menyertai pelbagai aktiviti dalam program Trail Eksplorasi Warisan Jong.
Trail Explorasi Warisan Jong adalah satu pakej pelancongan yang telah dicadangkan oleh pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Program ini melibatkan aktiviti ikonik komuniti Serkat, Pontian termasuk aktiviti pelepasan Jong, pembuatan Jong, boat tour, permainan tradisional gasing, dan penghasilan produk tempatan seperti produk kraftangan cengkerang, bahulu, madu kelulut yang mengetengahkan kearifan tempatan. Orang ramai yang berminat untuk mengikuti program boleh menghubungi wakil komuniti, Encik Tahir (011-20954146) atau Tok Penghulu Azam (017-7749844).